• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Saturday, September 18, 2021

4 comments:

  1. Salam Firdaus, saya bedah dulu ya;

    TAJUK: POHON CEMPAKA DI ATAS PUSARA

    (TAJUK NOVELET: POHON CEMPAKA DI ATAS PUSARA mengandungi makna simbolik kehidupan manusia. Seperti pepatah: “MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA” Mati itu pasti, hidup itu harus, penuh survival, perjuangan, pengorbanan dan jihad. Susah, senang, derita, bahagia adalah Takdir Allah. Usaha dan Doa boleh merubah Takdir dengan izin Allah. Perjuangan hidup Haji Serudin (selaku Pangalu) dan isterinya Hajah Amas (selaku Padian) menjadi tunjang cerita. Pangalu: Usahawan Lelaki Tradisi Kampong Ayer (sejak Brunei Tua dan pupus sekitar tahun 1960an. Beroperasi jauh ke kampung pedalaman, seperti Sungai Pandaruan, Temburong, Awat-Awat, Sabah. Menggunakan Perahu Besar digelar “Tongkang”. Padian: Usahawanita Perempuan Tradisi (sejak Brunei Tua dan pupus pada sekitar tahun 1970an. Beroperasi di sekitar Kampong Ayer, Brunei menggunakan perahu sederhana dengan berkayuh. Memakai “Siraung Bini” yang bentuknya sebesar dan seperti “Tudung Dulang” diperbuat daripada Daun Nipah, Daun Silat dan Kain). Sudah tentu mereka telah mengharungi pengalaman pahit-manis sepanjang hidup mereka bergelut dengan kerinah masyarakat, pesaing niaga, alam, takdir dan nasib. Kerana perjuangan, pengorbanan dan jihad kehidupan, akhirnya mereka mengharung usia tua, jatuh sakit dan meninggal dunia. Kegiatan dan peranan mereka pupus ditelan arus perdana permodenan. Kerana sifat dengki, hasad musuh dan pesaing Haji Serudin dan Hajah Amas, perahu mereka pernah dibakar dan dihanyutkan di perairan Kampong Ayer. Hutang ratusan ringgit tidak dibayar peminjam, pemiutang. Kehadiran Boat laju dan Taksi Air di Kampong Ayer, menyebabkan ombak beralun besar sekitar perairan Kampong Ayer. Kewujudan Kedai Runcit yang dimonopoli oleh Peniaga Cina menggugat kestabilan perusahaan Haji Serudin dan Hajah Amas. Jualan mereka akhirnya tidak semeriah dahulu. Pembangunan Perdana Ibu Kota, Bandar Seri Begawai dengan kewujudan Kedai Runcit dan Supermarket, juga pemusnah Warisan Padian di Kampong Ayer. Kehadiran Boat dengan engin berkuasa tinggi, darah-daging Pangalu Haji Serudin, “Mengalu” ke luar daerah, ke pedalaman dengan “Bertanggar (berkayuh) perahu Besar@Tongkang” tidak lagi mendapat sambutan pelanggannya. Tambahan pula sudah wujud Kedai-kedai Runcit di Kampung-kampung di Pedalaman dimonopoli oleh Orang Cina. Haji Serudin dan Hajah Amas terpaksa akur akan tantangan zaman dan meninggalkan tradisi turun-temurun mereka itu atas nasihat anak-anak mereka demi keselamatan kerana ombak di sekitar Kampong Ayer akibat Motor Boat dan Teksi Air. Kerana usia mereka sudah menjangkau 60an tahun, mereka mulai jatuh sakit, kesihatan mereka yang jerih-perih menongkah arus zaman muda-dewasa dan survival kehidupan memburuk. Setelah Haji Serudin dan Hajah Amas meninggal, mereka meninggalkan Rumah Warisan yang dulunya, di Pantaran Rumah (surambi), mereka dijadikan tempat serba-guna. Seperti Balai Ibadat, tempat belajar Mukadam, Al-Quran, kelas ugama, tempat Kesenian, Kebudayaan dan suka-duka keluarga serta jiran-tetangga. Segalanya tinggal sejarah.

    ReplyDelete
  2. Haji Faisal, cucu Haji Serudin dan Hajah Amas dari anak lelaki sulung mereka membeli Rumah Warisan yang terbengkalai dan kosong lebih 10 tahun itu, kerana semua penghuni rumah itu sudah berpindah ke darat. Mereka dapat Kurnia Rumah Perpindahan dan Tanah Kurnia. Dengan duit persaraannya dari kerjaya selaku Pensyarah Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Haji Faisal membeli Rumah Warisan itu. Wangnya dibahagikan kepada waris yang berhak. Haji Faisal membaik pulih Rumah Warisan itu kepada Rumah Perusahaan dan mengekalkan ciri-ciri rumah di Kampong Ayer zaman silam. Diberi nafas baru dengan peralatan, bahan binaan tradisi dan moden. Rumah Warisan itu dilengkapi dengan bilik tamu, beberapa buah bilik tidur, restoran, dewan makan yang menghidangkan makanan tradisi, Galeri Tamadun Kampong Ayer, kedai cenderamata tradisi, khidmat boat persiaran sekitar Kampong Ayer dan seumpamanya. Rumah Warisan Haji Faisal jadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara. Pagi Juma’at. Haji Faisal dan ayahnya, Haji Matzain, baru selesai Membaca Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah di hadapan Pusara Al-Marhum ayah dan ibu, ayah Haji Faisal, yang meninggal 20 tahun lalu. Begitulah usia Pohon Cempaka yang tumbuh rendang di atas Pusara mereka. Haji Faisal teringat kisah perjuangan hidup Haji Serudin (selaku Pangalu) dan isterinya Hajah Amas (selaku Padian). (Flashback). Tahun 2020, Pandemik Covid-19 melanda Negara Brunei Darussalam. Pendapatan Perusahaan Rumah Warisan milik Haji Faisal terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan SOP (Standard Operational Prosedure) BruHealth Negara Brunei Darussalam. Mendengar laungan Azan dari menara Masjid Omar Ali Saifuddien, tetapi tidak dapat sembahyang berjamaah. Haji Faisal amat sedih dan menitiskan air mata sayu.

    ReplyDelete
  3. Firdaus, saya dah baca sinopsisnya, ini panduannya

    1. senaraikan nama2 watak utama dan watak sampingan. Misalnya, Haji Serudin, Hajah Amas, Haji Faisal (dia mesti sudah sekitar usia 30-an.) semua watak utama dan watak sampingan, perlu wujud dlm setiap bab, sama ada di dunia realiti atau flashback, supaya kuat
    1.Perlu satu watak antoganis kepada perusahaan Haji Serudin, misalnya, siapa yg bakar perahu Haji Serudin dan watak orang ni mesti hidup dalam setiap bab.
    2.perlu satu watak antagonis kepada usaha Haji Faisal yg buat dia teringat cerita ttg perjuangan datuk dan nendanya.
    3. Cerita akan berjalan dua zaman, satu zaman Haji Serudin dan zaman Haji Faisal, digambarkan seolah2 ia betul2 berlaku sekarang
    4.. Wujudkan satu konflik utk Haji Faisal ketika menguruskan, konfliknya seakan sama dgn konflik yg dihadapi Haji Serudin suatu ketika dahulu
    5.Perlu tahu mcm mana Haji Faisal tahu semuanya ttg Haji Serudin, misalnya, dia terbaca catatan diari dll
    Satu cerpen bersamaan dgn satu bab. Dlm setiap bab, perlu bulat, padat dan kuat. Jadi hanya 2 babak paling penting saja yg boleh utarakan, dalam satu bab (dlm setiap bab) satu sekarang dan satu lagi flashback. Sementara selebihnya kita buat dlm bentuk monolog hidup (monolog dengan emosi) atau dlm fikiran watak utama
    10. perlu gunakan formula 4/5 daripada keseluruhan cerita untuk ini, supaya tak meleret2 dan supaya dpt mengelak daripada berlaku kelompongan di sana sini nanti.

    Ini keseluruhan cerita;

    1/5 - 2/5 - 3/5 - 4/5 - 5/5

    Apabila dimulakan pada 4/5, bermakna Firdaus dah nampak endingnya yakni di 5/5, Sementara yg sebelumnya - 1/5, 2/5, 3/5 adalah flashback dan dlm fikirannya. 4/5 bermaksud, cerita dekat2 nak habis gitu. - yg lain flashback.
    Sebolehnya, sekitar seminggun lagi cerita dalam novel itu nak habis. itulah titik permulaan novelnya. atau, paling mudah difaham, mulakan saat konflik sedang berada di kemuncaknya dan cerita dalam karya Firdaus. Yg lain, semuanya flashback.

    Tujuan menggunakan formula ini, adalah supaya karya menjadi bulat, padat, kuat dan hidup. dan sepanjang novel, watak utama perlu sentiasa tension hingga ke akhirnya baru terungkai isu dlm novel Firdaus, Bayangkan watak utama (Haji Serudin dan Haji Faiz=sal) adalah diri Firdaus, rasa apa yg mereka rasa, dgr, hidu, fikir dan alami apa yg dialami.
    7. utk bab pertama, mulakan dgn watak Haji Faisal sbb dia masih hidup, jadi, untuk bahagian intro atau paragraph pertama dan mungkin kedua, masuk seratus peratus dlm jiwa Haji Faisal dan gambarkan seluruh gelojak perasaan dia. Paragraf pertama atau kedua, adalah bahagian pengenalan isu utamanya

    ReplyDelete
  4. 1.dlm kerjaya yg dikaitkan dgn kisah peribadi, secara kreatif dan pengenalan watak2 lain yang penting.
    8. Jika dlm satu bab itu bermula di satu tempat, misalnya di rumah warisan, mesti berakhir sekitar rumah warisan yg belum lagi dibeli tu dan pada hari yg sama juga.
    9, buat antara 6 – 7 ms (mukasurat) saja, sbb nanti bila saya dah edit dan Firdaus buat pembaikan, ia akan berkembang dgn sendirinya. font arial 12, double spacing
    10.. redah saja, nanti saya lihat bagaimana.
    11. bila dah siap draf pertama bab 1, post di thread berjudul Bab 1
    12. jgn lupa post slip yuran utk bab 1 di Whatsapp sbb editing hny bermula selepas saya terima slip yurannya


    Gigih terus k


    ReplyDelete